Seorang lelaki telah berkongsi satu kisah seram di laman sosial Facebook mengenai perjalanan beliau yang menakutkan. Kisah yang dikongsi ini mampu membuat bulu roma sesiapa yang membaca kisah itu meremang dan berdiri tegak!! Kisah yang menyeramkan itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Mohamad Hisham Hamid di dalam kumpulan Facebook Penduduk Alor Setar/Jitra pada bulan April yang lalu.
Menurut pencerita kisah ini, iaitu Mohamad Hisham, kejadian seram itu berlaku ketika dia melalui Lebuhraya Utara Selatan berdekatan kawasan Gurun pada sekitar jam 2 pagi. Begini kisahnya, waktu itu dalam jam 2 pagi, aku tengah memandu kereta seorang diri menghala ke Jitra. Apabila tiba di satu kawasan tu, terasa kereta berat sangat-sangat. Rasa macam brek jem. Dengan rasa tak puas hati, aku turun periksa keempat-empat tayar kereta, mana tahu ada yang panas tapi semua dalam keadaan baik-baik saja. Aku pun terfikir mungkin brek dah okay balik.

Selepas itu, aku teruskan pemanduan tapi tetap rasa sama, berat juga. Jsdi aku ambil keputusan berhenti dekat sebuah hentian Rehat dan Rawat (RnR). Keadaan waktu itu agak sunyi, yang cuma ada 2 – 3 biji kereta sahaja. Aku meletakkan kereta kat tempat parkingdan terus periksa semua tayar kereta aku. setelah diperiksa, semua tayar masih elok dan tidak panas apa pun.

Yang Lain Tak Turun Minum Ke?

rnr gurun

Aku ambil keputusan untuk minum dulu sebelum meneruskan perjalanan. Dah selesai kunci kereta semua aku pun pergilah pesan air teh o panas dekat seorang mamat ni. Ketika aku order tu, dia tengok aku, lepas tu dia tengok kereta aku pula. Aku rasa macam pelik. Akhir sekali mamat ni tanya, “Abang minum sorang saja ke? Yang lain tak turun minum?”.

Aku pun rasa lain macam masa tu, lalu aku jawab, “Yang lain???”. Kemudian dia cakap, “Tu yang dalam kereta tak turun minum sekali ke?”. Terus berdesup darah aku mengalir laju. Tapi aku buat-buat selamba dan dengan rilek aku menjawab, “Ooo, depa dah minum tadi”.

Waktu tu memang aku langsung tak berani nak tengok ke arah kereta aku. Lepas mamat tu datang hantar air, dia masih tengok kat kereta aku tapi aku buat tak kisah la. Lepas habiskan minuman, aku beranikan diri menuju ke kereta aku tu. Memang seram, tak tahu nak cakap macam mana.

Elok je aku nak buka pintu kereta, tiba-tiba pintu kereta sebelah belakang terbuka dengan sendiri. Waktu itu lutut aku rasa lembut sangat. Aku baca macam-macam ayat suci Al-Quran. Lepas rasa dah ok sikit, aku pun masuk dalam kereta. Aku menghidupkan enjin kereta dan mulakan perjalanan, Alhamdulillah kereta dah okay, tak rasa berat lagi dah.

 

“Nak Pergi Mana Ramai-Ramai ni?”, Tanya Jurutol

jurutol

ketika sampai di susur keluar Jitra, masuk tol RM1.60 tu aku dikejutkan dengan dugaan yang lagi dasyat. Nak tahu apa? Jurutol tegur aku, “Ramai-ramai ni nak pergi mana?”. Aku apalagi, tergagap-gagaplah nak menjawabnya. Aku pun buka la radio, dengar cd mengaji yang ada dalam kereta aku. Cermin pandang belakang aku memang tak tengok dah. Sebelah kiri pun aku tak sanggup nak jeling.

Lori Ikut Belakang Dan Bagi Lampu Tinggi

jurutol

Tiba-tiba, ada lori yang ikut kereta aku dari belakang. Lori itu beberapa kali bagi lampu tinggi dan hon. Aku pun tak pasti apa tujuan dia buat macam tu. Pada mulanya aku ingatkan dia nak memotong tapi sampai ke sudah dia tak potong pun kereta aku.

Aku pun keluar ikut Jitra Utara, sampai kat situ aku memang rasa seram tak tahu nak cakap. Tapi akhirnya segalanya okay selepas aku nak sampai ke rumah. “Fuhh, seram cek ooi, siapa la yang ramai-ramai tumpang aku tu. Alhamdulillah, semua selamat”-Mohamad Hisham Hamid.

Kisah ini dipetik dari perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Mohamad Hisham Hamid di dalam kumpulan Facebook Penduduk Alor Setar/Jitra.

Kredit : KisahSeram