Loading...
“Terima Kasih Kerana Tutup Periuk Nasi Saya” – The Osome Malaysian

The Osome Malaysian

The Best Malaysian Story

Viral

“Terima Kasih Kerana Tutup Periuk Nasi Saya”

Boleh naik pening juga bila memikirkan siapakah gerangan di sebalik video aksi seksi melalui aplikasi Bigo Live yang membuatkan nama Fathia Latiff turut terpalit. Video yang turut tersebar itu juga turut ‘dibintangi’ oleh pelakon baru, Natasha Elyzza.

Namun sehingga hari ini, Natasha bermati-matian menafikan wanita di dalam video berkenaan adalah Fathia dan baru-baru ini Tasha bersiaran secara langsung lagi di applikasi Bigo Live.

Kali ini, muncul sebuah video di mana seorang pelakon wanita dari Singapura, Afiera Riana mengaku bahawa dia adalah wanita di dalam video menari ghairah yang tersebar itu (pengakuan bermula minit ke 10.20).

Bagaimanapun, perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kerana dalam video sebelum ini, Natasha memanggil wanita yang sedang menari ghairah sehingga menampakkan sebahagian daripada buah dada itu tersebut sebagai Kak Ya, berbeza dengan nama Afiera Riana.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Fathia menjelaskan kepada portal New Straits Time bahawa dia adalah individu yang terdapat di dalam video tersebut namun mengakui kesal dengan apa yang telah terjadi.

“Itu memang saya. Saya dan rakan-rakan meluangkan masa bersama di sebuah villa. Sesi menari itu berlaku dalam bilik air villa tersebut dan hanya ada rakan wanita sahaja. Pastinya saya malu dengan apa yang terjadi”

“Siapa je yang waras sanggup tayang sebahagian tubuh badan untuk tunjuk pada satu dunia,” jelasnya kepada portal berita tersebut.

Fathia juga menjelaskan dalam masa yang sama dia tidak mengetahui langsung mengenai aplikasi Bigo Live. Tambahnya, dia juga mahu meneruskan kehidupan dengan lebih positif.

Jika dilihatkan daripada aktiviti Natasha yang selalu live di Bigo mahu pun Instagram, rasanya buat masa sekarang adalah lebih baik mendiamkan diri dan menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.

Secara kasarnya, apa saja kontroversi yang melibatkan selebriti tanah air hanya akan berlanjutan sehingga sebulan dua sahaja dan secara perlahan-lahan akan dilupakan masyarakat.

Masyarakat Malaysia sangat mudah memaafkan sekaligus memberi peluang untuk selebriti tampil kembali bersemangat meneruskan kehidupan baru di dalam dunia hiburan. Namun terpulanglah kepada empunya badan dalam melayari bahtera seni di negara ini. Bak kata Fattah Amin, doakan yang baik-baik saja.

“Terima Kasih Kerana Tutup Periuk Nasi Saya”

Bukan mudah untuk memperbaiki reputasi diri yang tercalar namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh pelakon baru, Natasha Elyzza gara-gara videonya di Bigo Live tersebar di laman sosial.
Baru-baru ini pelakon tersebut turut bersiaran di laman sosial tersebut namun kali ini semuanya berbeza lapor ROTIKAYA.COM.
“Terima Kasih Kerana Rosakkan Hidup Saya”
Dalam rakaman tersebut, Natasha menyindir dengan menyatakan rasa terima kasih kepada individu yang telah merakam perbuatan mereka menari ghairah di laman sosial tersebut sehingga menjadi perhatian umum.
Namun dalam masa yang sama, Natasha tetap menafikan bahawa wanita yang muncul di dalam video tersebut adalah Fathia Latiff. Pelakon baru ini juga turut dilihat menangis di atas perkara yang terjadi.
Bigo Live Fathia Latiff Dan Natasha Elyzza
Lebih menarik, terdapat suara lelaki yang mempertahankan tindakan Natasha selain menyatakan apa yang terjadi bakal menutup periuk nasi wanita berkenaan dalam mengharungi kehidupan sebagai selebriti di Malaysia.
Jika mahukan kehidupan yang bebas kontroversi, janganlah semua perkara nak jadikan video. Mahu jaga periuk nasi dalam industri seni tanah air dibuktikan dengan bakat dan bukan dengan menayangkan tubuh badan.
Logik mudah dan semua orang pun ada peluang untuk berubah. Bangun semula dan berhenti tuding jari kepada orang lain.
Bigo Live Fathia Latiff Dan Natasha Elyzza
Bigo Live Fathia Latiff Dan Natasha Elyzza
Bigo Live Fathia Latiff Dan Natasha Elyzza
Bigo Live Fathia Latiff Dan Natasha Elyzza
Bigo Live Fathia Latiff Dan Natasha Elyzza
Bigo Live Fathia Latiff Dan Natasha Elyzza
Bigo Live Fathia Latiff Dan Natasha Elyzza
Tonton video kontroversi aksi ghairah Bigo Live Fathia Latiff Dan Natasha Elyzza di bawah.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén

%d bloggers like this:
Loading...