Belum pun reda mengenai isu poster filem arahan Ahmad Idham NazriPencuri Hati Mr Cinderella, hari ini satu lagi isu panas telah dikaitkan dengan pengarah tersebut apabila beliau dikatakan ‘kantoi’ melayari akaun pelakon video lucah di Twitter.

Dakwaan tersebut hangat diperkatakan oleh netizen di laman Twitter apabila pengarah tersebut meletakkan tanda suka (like) pada salah sebuah video pelakon tersebut dan ketika ini masih lagi boleh dilihat pada akaun peribadi Ahmad Idham

Minggu ini, nama Ahmad Idham menjadi tumpuan apabila beliau mencabar netizen yang menghentam beliau untuk berdiskusi secara sihat dan mendengar pandangan masing – masing.

Adakah akaun pengarah berkenaan digodam? Atau akaun tersebut telah ‘like’ secara automatik? Nantikan penjelasan lanjut dari Ahmad Idham.