Suatu masa dahulu, wajah pelakon kanak – kanak ini sentiasa menghiasi drama televisyen tempatan. Ada diantara lakonan mereka yang meninggalkan kesan kepada penonton.

Namun itu dahulu kerana 5 orang pelakon kanak – kanak ini sudah dewasa dan ada diantara mereka sudah mendirikan rumahtangga. Siapakah mereka?

1. Naim Daniel

Boleh dikatakan antara pelakon yang sangat berbakat! Sebut sahaja watak apa yang diberi, Naim Daniel mampu menggalasnya.

Pelakon ini kini berumur 20 tahun dan masih aktif berlakon sejak tahun 2008

2.Mysarra Syahfiedzrien

Jika lihat keletahnya dahulu pasti anda akan geram dengan Si Sara yang terkenal menerusi drama Bong.

Namun begitu, penglibatan Sara dalam dunia hiburan agak perlahan dan kali terakhir beliau dilihat membintangi drama adalah pada tahun 2016.

3. Mirsad Hassan

Bohonglah jika anda tidak pernah melihat drama wajib ketika Ramadan,Diari Ramadan Rafique yang mengisahkan mengenai seorang kanak – kanak kacukan yang belajar berpuasa di kampungnya

Pelakon utama yang memegang watak RafiqueMirsad Hassan  kini sudah meningkat dewasa dan semakin kacak!  – hangat.com

4. Nik Adruce

Lakonannya yang paling memberi kesan adalah dalam filem Tentang Bulan. Berbanding dahulu saiznya berbadan besar, Adruce kini tampi lebih kurus dan kacak!

Agaknya bilakah dia akan kembali berlakon ya?– hangat.com

5. Aedy Ashraf

Juga terkenal menerusi drama Tentang Bulan, siapa sangka Aedy Ashraf kini semakin kacak dan berbadan sado!

Lakonannya kini juga lebih matang dan sebaris dengan pelakon – pelakon ternama.

Selain 5 pelakon diatas, siapakah pelakon kanak – kanak yang anda masih ingat sampai sekarang? Mungkin Hangat boleh menjejaki perkembangan terkini pelakon tersebu