Suatu ketika dahulu, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta sentiasa menjadi sebutan kerana lagunya yang popular dan fesyen yang digayakannya sangat unik dan melambangkan sesuatu.

Setiap lagu dan gaya yang dibawakannya sering kali dikaitkan dengan pertubuhan rahsia Illuminati namun Gaga hanya berdiam diri mengenai isu tersebut dan tampil memberi kelainan.

Terbaru, sebuah portal antarabangsa telah melaporkan penyanyi ini membuat pengakuan bahawa beliau sememangnya sudah lama menyertai pertubuhan tersebut dan menyesal akan keputusannya itu sebelum ini.

Gaga telah membuat pengakuan tersebut di dalam sebuah dokumentari khas mengenai perjalanan seni beliau. Lady Gaga kini dikhabarkan sedang menghidapi fibromyalgia pain syndrome dan turut menjejaskan aktiviti seni beliau.

Tambah pihak produksi yang menjalani penggambaran dokumentari Gaga, terdapat beberapa perkara pelik yang harus dipatuhi mereka termasuklah meninggalkan Gaga sendirian buat seketika.

Ini kerana menurut penyanyi berkenaan, ini adalah arahan dari ‘atas’ yang mesti dipatuhinya. Sesuatu yang misteri bukan?

 

Sumber Worldtruth.com