Beberapa hari lepas kami ada terdengar satu khabar angin mengatakan pemain gitar kumpulan Kristal iaitu Rody tengah hangat bercinta dengan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan Nur Izwani Azman atau lebih dikenali dengan nama Niena Azman . Malah, ada juga pihak yang mendakwa Rosy sudahpun melamar gadis tinggi ini untuk bercinta di Instagram.

Jika sy ingin mencintai awak @niena_azmann .. adakah awak akan menerimanya?? Kalau terima pls repost! #brocuba #kisahkita

Nampaknya lamaran Rody berhasil apabila Niena telahpun repost gambar tersebut seperti yang dinginkan oleh Rody.

Bila rockers suka.. die buat sweet pulak! Peluang datang sekali macam sepak penalti, klu masuk menang.. kalau saya tepis awk kalah.. training btol2!

Rata-rata peminat menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Rody sangat ‘sweet’. Selain itu, ruangan komen akaun Instagram milik Rody dan Niena dibanjiri dengan ucapan tahniah. Nampaknya mereka sudahpun menjalin hubungan agak lama sehingga lahirnya bibit-bibit cinta dalam perhubungan mereka.

 

 

Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi Kaka Azraff ada juga pihak yang mendakwa mereka ada merancang untuk bertunang. Mungkin tiada jodoh, kini Rody sudah menemui cinta sejatinya. Tahniah buat Rody dan Niena!