Nama King Coco suatu ketika dahulu menjadi perbualan apabila beliau dikatakan bercakap dalam loghat yang agak pelik dari kebanyakkan orang di Malaysia dan juga dikaitkan dengan kontroversi merampas suami orang.

Walau bagaimanapun, King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Kapten Azrin Anaz pada awal tahun ini.

Setelah lama menyepi, Coco kini dikatakan aktif di Instagram beliau dengan membuat reviewmengenai kedai dan barang-barangan yang dijual secara alam maya.

Namun begitu, disebalik kesibukan beliau mempromosikan perniagaan mereka di luar sana, timbul pula rasa kurang senang di kalangan netizen yang mendakwa beliau kini hanya mempromosikan ‘benda-benda bodoh’

Tindakan netizen tersebut turut kurang disenangi pengguna-pengguna media sosial yang lain kerana Hangat difahamkan Coco hanya mempromosikan perniagaan mereka.

Kasihan pula kami dengan King Coco, ada sahaja benda yang dibuat kurang disenangi netizen. Harap mereka diluar sana buang yang keruh dan ambil yang jernih.