Kejayaan Ahmad Amsyar Azman atau lebih dikenali sebagai Amsyaro pada Sukan Sea 29 Kuala Lumpur yang lalu merangkul pingat emas bagi acara 1 meter papan anjal lelaki ternyata memberi impak dan perubahan 360 darjah sisi hidupnya.

Jika dahulu beliau hanya dikenali sebagai seorang atlet, kini penangan kemenangan tersebut telah menjadikan beliau sebagai selebriti media sosial. Sejak kemenangannya itu, jumlah pengikutAmsyaro terus meningkat dari sehari ke sehari sehingga mencecah 95.2 ribu pengikut di Instagram.

Malah Amsyaro kini turut mempunyai seorang pengurus dan boleh dikatakan hampir setiap hari beliau akan menerima hadiah dari para peminatnya.

Tambah Amsyaro pula, beliau kini mempunyai kelab peminatnya sendiri yang dikenali sebagai Amsyar FC.

Wah! Tahniah diucapkan buat Amsyaro. Selepas ini adakah beliau akan disunting masuk ke dalam industri hiburan? Tidak mustahil bukan kerana beliau mempunyai ‘pakejnya’ tersendiri.