Si Tanggang Moden! Video Remaja Pukul Ibu Kerana Mahu Duit Undang Kemarahan Netizen

Biadab! Tindakan seorang remaja memukul seorang wanita dipercayai ibunya mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Video yang tular sejak lewat petang tadi, memaparkan seorang pelajar sekolah memukul ibunya tanpa rasa belas.

Menerusi video tersebut, remaja yang memakai seragam sekolah itu menjerit ke arah ibunya dan meminta wang.

Remaja lelaki itu turut melontarkan kata-kata kesat kepada ibunya yang dipukul dengan kuat di bahagian bahu.

Si ibu merintih kesakitan dan ketakutan apabila anaknya mencapai kerusi yang cuba dibaling ke arahnya.

Video tersebut yang dikongsi akaun media sosial Facebook Metafora Anafora telah dikongsi lebih 33 ribu pengguna laman sosial, mencecah 11 ribu komen setakat ini.