Sudah menjadi satu fenomena apabila artis lelaki di Malaysia seperti mahu berlumba-lumba mahu tampil dengan tubuh sasa atau lebih biasa kita dengar sebagai ‘Sado’. Beberapa selebriti sudah dikenali dengan bertubuh sasa seperti . Kini disusuli dengan jejaka ini iaitu kekasih Mawar Rashid dan juga adik kepada Fazley Yaakob.

Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal ini dahulunya tidaklah mempunyai bentuk badan yang sasa malah nampak lebih gempal berbanding sekarang.

Berkat kesabaran dan usaha gigih selama berbulan-bulan bersenam dan menjaga diet pemakanan, akhirnya Raf telah mendapat bentuk badan idamannya selama ini.

Saya lakukan ini dalam masa 5 bulan. Sekarang saya percaya, saya boleh buat lagi kurang dari 3 bulan. Kenapa? Sekali kita boleh dapat tubuh yang ideal, lebih mudah untuk dapat kembali. Semua terpulang kepada konsistensi. 80% pemakanan, 20% bersenam. #RafTips #RafDiet #CeritaDiaBadanDahNaik #BahagiaKot #ThanksToYouAnje

Menerusi laman Instagramnya, Raf telah berkongsi gambar-gambar transformasi kepada bentuk tubuhnya dari dahulu hingga sekarang. Memang betul-betul mengejutkan, Hangat.com sendiri rasa terkejut melihat perubahan ini.

Raf baru sahaja mengikat tali pertunangannya bersama pelakon drama Suamiku Paling Sweet iaitu Mawar Rashid dalam sebuah majlis tertutup. Status duda beranak dua bukan penghalang bagi pelakon Mawar Rashid untuk menjalin cinta dengan jejaka ini.