Apa itu Chia Seed ? 

Ramai juga yang tersalah anggap bahawa Chia Seed itu sama sahaja seperti Basil Seed (Selasih). Hakikatnya kedua-dua jenis bijirin ini jauh berbeza daripada segi kandungan khasiat. Chia Seed mempunyai kelebihan yang pelbagai. Maka tidak hairanlah ia digelar SUPER FOOD.
pokok chia seed
Sebelum chia seed viral pun aku memang ada minum chia seed , tapi yang dah siap bancuh punyalah , cuma aku tak dapat nak consume sebab sebotol  air campuran chia seed tu boleh tahan mahal . Tapi demi kesihatan kugagahkan juga berbelanja .
 campuran chia seed dan jus kesukaanOmputih kata mencegah lebih baik dari mengubat . Nak sihat kenalah berbelanja . Kalau nak sakit senang jer , makan jajan dan fast food banyak-banyak .**ehehehehe
Dan sejak semalam jugak aku dah mula dapakan stok chia seed , boleh dikatakan agak  mahal jugak . Tapi untuk kesihatan’kan…why bother why bother **diva AA ko

Makanya hari ni sebagai menambah informasi mengenai chia seed aku lampirkan beberapa info yang aku CNP dari blog Herbal Hut

Perbezaan Antara Chia Seed dan Biji Selasih

Ramai yang masih keliru di antara ‘Chia Seed’ dengan ‘Biji Selasih’ (Basil Seed). Ramai yang menganggap dua bijirin ini sama. Sebenarnya ia berbeza.  Memanglah ‘chia seeds’ kelihatan seakan-akan ‘biji selasih’  apabila ia kembang di dalam air, tetapi kedua-duanya bukan benda yang sama. Jom baca sampai habis

cara membezakan chia seed dan selasih

Chia seed merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak kelebihan iaitu kaya dengan protein, kalsium, serat, anti-oksida, vitamin, dan Omega 3 dan 6.

Hanya dengan mengambil 1-2 sudu besar sehari (maksimum 30gram sehari) dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia adalah bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses.

1. Asal :  Chia Seed berasal daripada negara Amerika Tengah seperti Mexico, Bolivia dan Guetamala.Sedangkan Selasih daripada India dan negara-negara Mediterranean.

2. Cara makan juga berbeza. Chia seed boleh dimakan tanpa di rendam atau dengan direndam. Sedangkan Selasih mesti di rendam dahulu. Kerana itu Chia Seed mempunyai pelbagai menu yang direka terutama oleh pengamal-pengamal fitness dari seluruh dunia. Overnight oat, puding bahkan ada yang nuat kek.

3. Rupa : Selasih, kecil dan hitam . Chia seed lebih besar sedikit dari selasih, berbentuk bujur dan berwarna putih, hitam dan kelabu. ketiga-tiga mempunyai khasiat yang sama sahaja, tiada beza.

4. Nutrisi : Chia Seed jauh lebih berkhasiat. Kerana itulah Chia Seed digelar super food. Ia kaya dengan protein, kalsium, omega 3 dan 6, serat, vitamin dan lain-lain.

5. Kebaikan / Khasiat : Chia Seed jauh lebih berkhasiat. Ia membantu menurunkan kolesterol, sesuai untuk pesakit diabetic dan lain-lain.

6. Harga : Harga Chia Seed jauh lebih mahal daripada selasih.

Kesan Memakan Chia Seed

1.   Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat antioksida, Sifat anti-oksida itu melindungi sel-sel dalam badan daripda dirosakkan oleh radikal bebas.

2.   Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa makan tengahari   dan malam. Sesuailah dengan kata-kata “Lose Weigth Without Starving”. Ini kerana apabila kita makan ‘chia seeds’ ni  , ia kembang di dalam perut menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang .

3.   Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan. Sekaligus menyingkirkan toksin dari dalam badan.

4.   Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda. Yang ni macam subjektif sikit kan ?

5.   Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi. Kandungan kalsium 5 kali lebih tinggi dari susu. Memang sesuai untuk lindungi tulang kita daripada masalah kerapuhan tulang.

6.   Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis. Dalam erti kata sains chia seeds ni boleh memperlahankan proses pertukaran karbohidrat kepada gula di dalam badan.

7.   Mengelak anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan. Tapi anda tetap kena minum air secukupnya.

cara nak beza chia seed

beza chia seed dan selasih

Cara Pengambilan Chia Seed Untuk Program Diet

Tahap 1 (selama 2 minggu):
Sebelum makan pagi: 1/2 sudu makan
Sebelum makan siang: 1/2 sudu makan
Sebelum makan malam: 1/2 sudu makan

* Tahap 2 (selama 1 bulan):
Sebelum makan pagi: 1/2 sudu makan
Snack: 1/2 sudu makan
Sebelum makan siang: 1/2 sudu makan
Snack: 1/2 sudu makan
Sebelum makan malam: 1/2 sudu makan

* Tahap 3 (sampai target berat badan tercapai):
Sebelum makan pagi: 1 sudu makan
Snack: 1/2 sudu makan
Sebelum makan siang: 1 sudu makan
Snack: 1/2 sudu makan
Sebelum makan malam: 1 sudu makan

chia seed dilailafood

Chia Seed fo SALE !!!
.
1 pack 150gm Rm20
.

Kos Pos Chia Seed mulai 1/1/2017

1-3 paket rm5 semenanjung
1-3 paket rm10 sabah / sarawak

4-6 paket rm7 semenanjung
4-6 paket rm14 sabah / sarawak
.
Whatsapp #0192692067 untuk pembelian
.
‪Instagram : Kedai Online Kak Long

Kredit : saidila.com