Teman tapi mesra. Itulah yang boleh digambarkan dengan pasangan ini membabitkan pelakon baru popular tanah air dan seorang wartawan hiburan.

Gambar Berpeluk 

Sepertimana yang kita tahu, Iman Imran begitu rapat dengan ramai selebriti tempatan di Malaysia termasuk pelakon muda Reen Rahim. Baru-baru sebuah gambar mereka berdua berpelukan erat menjadi kecaman netizen. Mungkin nampak biasa bagi teman-teman rapat Iman, namun kurang sopan jika lihat oleh orang yang mengenalinya.

Rata-rata netizen mempersoalkan mengenai hubungan mereka. Kalau kata pangkat adik sekalipun takkan sampai berpelukan mesra. Sebagai orang Islam artis berkenaan seharusnya menjaga tata susila ketika bergaul dengan saudara yang bukan mahram apatah lagi di khalayak ramai.

Hai😋 siapa sini geng keje #publicholiday 🙋‍♀️ #adaptasinovel #seharumkasih #Raisya #rezza #seharumkasih #millionpictures #reenonset #reenduyou #reenrahim #reenloveyou @reenduyou.official @mindorder

A post shared by REEN RAHIM (@reenrahim) on 

Namun penulis lirik dalam lagu Di Pintu Syurga ini mengakui, Reen yang sudah dewasa sangat manja dengannya seolah-olah dia masih di usia kanak-kanak dan mungkin Iman menganggap Reen tidak ubah seperti adiknya sendiri.

Sememangnya sukar untuk hidup sebagai selebriti yang sememamngnya dikenali ramai orang. Setiap tingkah laku akan diperhatikan oleh netizen mahupun ‘haters. Jadi tak hairanlah kalau muncul komen-komen negatif jika ada selebriti yang menunjukkan sesuatu yang kurang sopan dia khalayak umum contohnya di media sosial.

Iman memang terkenal dengan hasil karyanya dalam lirik lagu kisah-kisah cinta. Pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu untul lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah. Rindu pula nak dengar hasil karya terbarunya!