Sebelum ini, Hangat pernah menyiarkan kisah mengenai Fattah Amin yang khabarnya sedang membeli cincin untuk merisik aktres jelita Fazura untuk menjadikannya sebagai peneman sehidup semati beliau.

Berita ini telah diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai yang juga rakan artis berkenaan. Adakah benar mengenai berita ini?

Semalam Fattah dan Fazura atau lebih dikenali peminat mereka sebagai Fattzura telah menyambut ulangtahun mereka di Putrajaya. Kedua-duanya kelihatan sama cantik dan sama padan.

Malah peminat mereka turut memberi sorakan gemuruh apabila Fattah dan Fazura telah menyanyikan lagu duet di majlis ulangtahun hari lahir mereka.

FATTZURA BIRTHDAY BASH | PICC | 26 SEPTEMBER 2017 . LIVEUPDATE by RAKF @kakifoto_ . . . powered by @olicandyhq X @fastylasia.management.2017 @wanita.terindah.movie.2017 . co sponsored by @maydan.official @elrahexclusive @ajdeparfum

A post shared by Kakifoto By Rashidee Azman (@kakifoto_) on 

Kejutan demi kejutan telah dibuat oleh mereka. Jika sebelum ini Fazura telah menghadiahkan Fattah 50 kuntum ros, apakah hadiah yang bakal dihadiahkan Fattah untuk Fazura?

Ketika di majlis sambutan hari lahir mereka juga, Fattah telah menghadiahkan Fazura sesuatu dan pelbagai spekulasi telah timbul dari peminat mereka termasuklah ada yang mengatakan Fattah telah menghadiahkan Fazura sebentuk cincin.

Adakah benar jangkaan para peminat mereka? Sama-sama kita nantikan !

Kredit Gambar: Kaki foto