Elaine Daly ialah seorang pelakon, pengacara televisyen, peragawati dan peguam. Anak berketurunan Serani ini (bapanya seorang Serani, ibunya berketurunan Peranakan Cina) pernah merangkul gelaran naib juara (1st Runner-Up) Miss Malaysia World 1998 dan juara Miss Malaysia Universe 2003. Untuk perkembangan terbaru, Elaine merupakan pengarah kepada laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv

Pada 4 Disember 2014, Daly berkahwin dengan seorang doktor dari Afrika Selatan, Nick Boden pada satu majlis kecil-kecilan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Dalam beberapa bulan yang lepas, suaminya yang merupakan seorang duda anak satu ini dianugerahkan gelaran Datuk.

Perkara ini telah disedari selepas Hangat.com menghadiri pelancaran program TV secara online pencarian bakat terbaru Malaysia iaitu ‘Bakat Ohsem Malaysia’ (BOM) baru-baru ini. Wanita anggun ini dipanggil dengan nama Datin Elaine Daly.

Walaupun kami agak lewat untuk mendapat berita ini, apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Datin Elaine Daly dan Datuk Nick Borden penganugerahan ini. Semoga pasangan ini berbahagia ke akhir hayat.

Sumber IG Elaine Daly