Bila bercakap mengenai haji, pasti ramai di luar sana yang masih belum mendaftar haji atas faktor tidak cukup wang dan masih muda
Bagi sesetengah orang, mereka menganggap mereka masih muda jadi pendaftaran tidak perlu dibuat awal-awal. Tetapi tahukah anda, sekiranya anda mendaftar tabung haji hari ini, anda mungkin perlu menunggu sehingga 20 tahun untuk mengerjakan ibadah tersebut. Jadi jika anda belum mendaftar, daftarlah sekarang walaupun anda masih belum mempunyai RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji anda.

Ini kerana anda juga boleh menggunakan akaun KWSP untuk pendaftaran tabung haji.

Bagaimana caranya? Mari kita ikuti perkongsian saudara Fahmi Hamid ini:
Daftar haji menggunakan KWSP

Kredit FB Fahmi Hamid Share Kan Cara – cara ni pada kita semua !!

Hari ni nak share, cara nak daftar haji menggunakan kwsp.

Cara ni sesuai untuk2 adik2 yang baru mula kerja, or students yang masih belajar, yang masih belum ada cash rm1300 dalam akaun tabung haji.

Syarat syarat:
1. Sudah mempunyai akaun tabung haji.
2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300
3. Belum mencapai umur 55 tahun.

Cara cara:

1. Pergi ke mana2 kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp.

2. Pergi ke mana2 cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter number, tunggu sehingga number dipanggil.

3. Nanti, just bawa penyata kwsp dan kad pengenalan. Awal2 tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji jugak, rupanya xperlu.

4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.

Soalan:
Adakah jumlah dalam akaun 1 akan ditolak RM1300 untuk tujuan pendaftaran?

Jawapan:
TIDAK.

Pak cik yang kerja tabung haji tu cakap, diorang just nak tengok kelayakan kita sahaja.

Jom weh buat .. admin pun pasang niat nakmjuga pergi haji

Untungkan untuk orang2 yang tak ada kekuatan kewangan lagi. Sementara nak tunggu giliran tu sangaaaat lambat, jadi kalau dah cukup syarat awal2 tadi boleh la pakat2 daftar.

Menurut laman web KWSP, inisiatif ini merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP untuk mendaftar haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendeposit RM1,300 ke dalam akaun Tabung Haji

Malah, kemudahan ini juga tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.

Selain itu, ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300 sebelum ini dicairkan.

Maklumat lanjut sila hubungi pihak KWSP atau Tabung Haji di SINI.