Sejak kebelakangan ini ramai juga anak-anak artis yang memiliki wajah comel dan menawan yang menjadi perhatian netizen. Sebelum ini kita sering lihat telatah Yusof Iskandar, anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, tetapi kali ini anak Shaheizy Sam pula jadi sasaran.

Meskipun baru berusia kurang dari setahun, namun telatah dan kecomelannya ini sudah menarik perhatian netizen. Bukan kerana mereka anak artis saja, tapi juga wajah mereka terlihat begitu lucu.

Baru-baru ini, isteri kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin berangkat bersama ahli keluarga yang lain bercuti di London. Foto-foto bayi  mereka Syeriv telah diabadikan dalam akaun Instagram si comel ini sendiri. Jom lihat foto-foto ini.

Sam tidak dapat turut serta dalam percutian ini, dan ramai yang mengaitkan ketiadaannya gara-gra kontroversi status muflis Sam baru-baru ini. Ada yang mendakwa pelakon itu tidak dapat ke luar negara kerana muflis.

Namun dalam laporan yang dikeluarkan oleh Projek MMO, Sam berkata dia tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem ‘Polis Evo 2’ tidak lama lagi. Bebanan kerja yang terpaksa di selesaikannya menyebabkan dia tidak boleh bersama isterinya ke london.

Sumber IG Samtila Melvin