Sebentar tadi Hangat.com mendapat berita ini menerusi Instagram pelakon Fasha Sandha tapi masih belum ada kesahihannya. Tetapi menerusi akaun Instagram bekas suami Fasha Sandha, Rizal Ramli atau dikenali sebagai Jejai, seakan memberi bayangan bahawa mereka bakal rujuk semula.

Kedua-dua mereka memuatnaik gambar yang sama secara serentak, dengan mengeluarkan kata-kata yang memberi gambaran mereka akan bersatu semula.

Kenyataan itu sekaligus memberitahu bahawa Jejai dan Fasha sudah mempunyai kata sepakat demi anak-anak.

Instagram Dari Jejai

‘Posting’ Yang Dibuat Oleh Fasha Sandha

“Alhamdulillah, Tuhan telah memberikan petunjuk serta hidayahNya kepada saya dan Fasha, jalan-jalan kebaikan diantara kami, dengan kami dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak dan saya sangat bersyukur dengan anugerah ini,” tulisnya di Instagram

Rata-rata netizen meluahkan rasa bersyukur dengan gambaran bahawa mereka bakal rujuk semula.

Berita ini seolah masih dia awang-awangan kerana bimbang dengan spekulasi yang tak betul tentang hubungan mereka ini. Mungkin mereka mencari jalan penyelesaian bagi hak penjagaan anak mereka nanti supaya tiada isu perebutan di mahkamah mengenainya.