Seorang putera raja dari negara Brunei kini menjadi kegilaan ramai gadis di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.

Jejaka kacak lahir pada 10 Ogos 1991 merupakan anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bolkiah dan bekas isteri Hajjah Mariam.

Tubuh Sado

Selain mempunyai personaliti yang lengkap untuk menjadi seorang Prince Charming, beliau memiliki tubuh yang sasa dan boleh buatkan ramai gadis boleh cair melebur.

Dengan jumlah pengikut seramai 654 ribu orang. Pastinya gambar ini dapat reaksi nakal dari peminat wanita kan?

Boleh dikatakan lelaki yang bertubuh sasa atau dalam bahasa pasar sado menjadi pilihan wanita Malaysia. Lihat sahaja komen-komen nakal yang mereka lontarkan.

Transformasi  Wajah

Semasa usia kecil dia dianggap kelihatan biasa sahaja seperti kanak-kanak lain, namun apabila dewasa, dengan ketinggian 179 cm dan profil sebagai seorang atlet dalam pelbgai jenis sukan, Putera Mateen dianggap sangat kacak.

Biodata Putera Mateen
Nama Penuh : Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hasannal Bolkiah Mui’izaddin Waddaulah
Nama gelaran : Prince Mateen of Brunei / Putera Mateen
Tarikh Lahir : 10 Ogos 1991
Umur : 26 Tahun
Asal : Bandar Seri Begawan, Brunei Darul Salam
Adik Beradik : Anak ke 10 dari 12 adik beradik
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Brunei

 

 

 

 

 

Share Dan Like : The Osome Malaysian