Selepas kontroversi adegan bercium Janna Nick dan Fattah Amin dalam sebuah babak dramaCoffee Prince, ternyata drama arahan Michael Ang ini mempunyai ‘kontroversi’ nya sendiri walaupun belum ditayangkan.

Sean Lee jatuh hati pada Janna Nick?

Jika bercakap mengenai Sean Lee Jia Ern atau lebih mesra disapa sebagai Sean, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai pelakon baru ini. Tetapi untuk pengetahuan anda, Sean terlebih dahulu mencuri perhatian ramai peminat di Instagram dan laman YouTube nya.

Sejak mulanya penggambaran Coffee Prince ini, pelbagai spekulasi telah ditimbulkan oleh peminat mereka. Terbaru, Sean dikatakan sedang berkawan rapat dengan pelakon utama drama berkenaan, Janna Nick.

Kedua-dua pelakon ini hangat diperkatakan sedang ‘bermain cinta’ dan ini dibuktikan melalui sebuah gambar yang dimuat naik oleh Sean bersama Elfira Loy mendapat reaksi cemburu dari Janna.

Bukan itu sahaja, peminat mereka turut memuji keserasian mereka berlakon dan mengharapkan hubungan mereka menjadi satu realiti.

Namun, menurut Sean mereka hanya berkawan baik bagi menjayakan drama Coffee Prince.

Bekas Maknyah?

Menerusi sebuah video berdurasi 1 minit yang telah dimuatnaik oleh seorang pengamal media sosial, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Keluarga Pontimau ini telah menari dengan memakai baju wanita di sebuah hotel. Terdapat dakwaan yang mengatakan Sean sering kali berpakaian seperti seorang ‘maknyah’. Terdahulu,Michael Ang menerusi video ‘live’ nya juga pernah menggelarkan Sean sebagai pondan. Namun semua itu hannyalah gurauan Michael Ang semata -mata.

 

Presenting @seanlje as Aryssa Lee & @thatborneoguy as Jessica Binti Borneo in ‘Gurlll Just Want to Have Fund’ in Tawau. 👯‍♂️ #SeaYouInSabah . Music credit: @selenagomez – Hands to Myself

A post shared by Hafreez Amminuddin 🌸 (@thatborneoguy) on 

 

Menurut Sean, beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang ‘happy go lucky’.Mengenai video tersebut pula, ianya hanyalah idea spontan beliau bersama rakan- rakan sewaktu berada di Sabah.

Mempunyai Kelab Peminat Sendiri

Walaupun masih baru dalam industri, Sean hadir dalam pakej bakatnya yang pelbagai dan mempunyai wajahnya yang kacak. Tidak hairanlah beliau mempunyai jenama dan kelab peminatnya tersendiri, LJens. Dalam perkembangan lain, selain berlakon, Sean juga kini sedang aktif menerima pelbagai undangan pengacaraan.