Jika sebelum ini kami menulis mengenai Alicia Amin yang dikatakan mengamuk kerana terdapat pihak yang cuba mempertikaikan saiz payudara nya, kali ini giliran Nur Sajat Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat pula mengamuk.

Sajat Menjadi Buruan Netizen

Jika dahulu nama Sajat ini bukanlah sesiapa. Nama pengasas Nur Sajat Aesthetic ini mula menjadi perhatian apabila jualan ‘Lets Bengkung’ nya dijual laris dan beliau turut menerima beberapa pengiktirafan termasuklah Anugerah Tokoh Persilatan Srikandi Negara Tun Puteh. Sejak itu, segala gerak geri dan perilaku Sajat sentiasa menjadi perhatian netizen.

Shafizi Kau B*bi!!

Menerusi sebuah video yang tular di Twitter dipercayai dari akaun Instagram Sajat, sahabat baik Dato Seri Aliff Syukri ini dikatakan telah mengamuk semalam.

Video Player

00:00
00:15

Pelbagai kata-kata kesat telah dilemparkan kepada netizen yang dikenali sebagai Rafizi yang dipercayai telah menuduh Sajat sebagai pondan.

Walaupun berang akan tuduhan tersebut, Sajat kemudiannya menjelaskan kepada pengikut Instagram nya, beliau berkata demikian kerana terlalu geram akan pelbagai tuduhan dan komen negatif terhadap dirinya.

Video Player

00:00
00:12

Kami di Hangat.com berharap Sajat akan terus cekal teruskan perniagaannya dan anggaplah setiap komen yang diterima itu sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya.