Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah terkemuka Mid Valley Megamall di sini lewat petang semalam (Sabtu).

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam  7.10 petang Sabtu, dan tiba di tempat kejadian 7 minit kemudian.

JBPM dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan awal menunjukkan kebakaran tersebut berlaku di aras bawah bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya kebakaran telah berjaya dikawal dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

1. Kebakaran berlaku sekitar pukul 7 petang dan siren kecemasan dibunyikan pukul 7.15 untuk memindahkan pengunjung ke tempat selamat.

2. Tiada kecederaan dilaporkan. Namun, menurut laporan The Star Online, seorang lelaki dimasukkan ke dalam ambulan kerana disyaki sesak nafas. Puncanya tidak dapat dipastikan.

3. Ini kebakaran kedua dalam tempoh lima bulan tahun ini. Pada 30 Mei lalu, kebakaran kecil berlaku daripada mesin faks di sebuah lot kedai terbakar.

4. Media sosial panik dan dihujani pelbagai informasi dan kemas kini daripada pengunjung yang berada di lokasi.

a fire in mid valley wowz
spot the people running down the escalator to get out

5. Pawagam Golden Screen Cinemas akan membayar balik tiket penonton yang terbabit dalam insiden malam tadi.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Astro Awani, Bernama, Twitter, Facebook