Nama gadis ini semakin menjadi sebutan dikalangan netizen di media sosial. Hangat.com sendiri banyak memaparkan artikel mengenai gadis berdarah campuran ini. Lebih-lebih lagi, adik kepada selebriti Neelofa ini pernah dikecam gara-gara dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun lalu.

Sedang Bercinta

Ameera Khan, gadis berusia 16 tahun ini hanya mengambil langkah berdiam diri dan menutup ruangan komen di Instagramnya. Terbaharu, gadis yang sering tampil seksi dalam Instagram ini sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik foto bersama seorang jejaka kacak. Kekasih ke? Hangat.com hanya mampu meneka sahaja!

Sempena menyambut ulang tahun temannya yang ke 22 tahun, Ameera ternyata kelihatan mesra dan manja dengan jejaka ini. Sambil memegang dagu lelaki itu, Ameera menulis;

“Fav person on earth turns 22 today ✨ happy birthday boo ♥️ i love you @suhailzulhasnan”

Anak Lelaki Kepada Bekas Menteri

Hangat.com diberitahu, lelaki ini dikenali sebagai Suhail Zulhasnan, merupakan anak lelaki kepada Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique yakni merupakan Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat.

Menurut dari pencarian google oleh Hangat.com, beliau juga adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang berkhidmat dari 8 Mac 2008 hingga 9 April 2009 dan bekas juruterbang tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Di peringkat akar umbi UMNO, beliau adalah bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, kemudian diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khabar Angin?

Sehingga kini, Ameera tidak pernah memberitahu media tentang hubungan cintanya. Namun, jika khabar angin ini benar, Hangat.com rasa apa salahnya untuk Ameera dan Suhail bercinta. Usia muda bukanlah satu masalah. Yang penting adalah kasih sayang dan cinta.