Bukan senang untuk menjadi seorang Ibu tunggal selepas pemergian suami yang tercinta. Noraatau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin nampaknya tabah menjalani kehidupan bersama anak-anak walaupun masih menanggung kesedihan selepas 7 bulan kematian suami iaitu Johan Nawawi.

Insaf Dengan Kematian

Bercakap tentang kematian selalu mendatangkan perasaan tidak selesa. Adakah kita berada di dalam golongan mereka yang tak pernah langsung ingat kepada mati kerana hati kita terlalu fokus terhadap urusan kehidupan di dunia ini. Lebih menyedihkan sikap segelintir pihak yang mencuri hasil kerja orang, budaya copy & paste artikel ke blog sendiri, demi mengaut keuntungan.

Jika pun sesekali kita ingat kepada mati, itu adalah di atas dasar merasa sedih dan sesal terhadap dunia yang akan ditinggalkan.

Seperti yang cuba disampaikan oleh Nora menerusi Instagramnya, supaya kita sentiasa ingat kepada hari kematian.

Ini tempat kita. Walaupun jutaan follower, harta bertingkat- tingkat, , kat sini sorang2 saja….satu benda zahir pun tak boleh bawak….pakai kain putih saja.
Dah bersedia kah kita? Bayangkan esk giliran kita atau org yg kita sayang….

Nora memuatnaik gambar liang lahad yang dipenuhi air dan mengingatkan peminat supaya sedar bahawa dengan ada jutaan peminat, tidak membawa apa-apa erti selepas kita kematian.

Nasihat Nora itu mendapat reaksi dari netizen dengan mendakwa peringatan itu amat berharga sekali kerana sesuatu kejadian yang paling dekat sekali dengan kita hari ke sehari ini adalah MATI.