Sebelum ini, kami di Hangat.com pernah menyiarkan kisah mengenai vokalis kumpulan Sakura Band, Mell yang tersenarai sebagai salah seorang artis yang sering bergaya dengan pelbagai fesyen rambut.

Kejutan Hari Lahir, Mell sahkan Memeluk Islam

Terbaru, melalui instagram Mell atau nama sebenarnya Melly Matius, beliau dipercayai baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 29 tahun. Mell dilihat telah memakai tudung berwarna jambu beserta ucapan hari lahirnya yang mengejutkan ramai peminat.

“Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell. Semoga Allah S.W.T merahmati kamu”

Melalui sumber lain juga, penyanyi berkumpulan yang terkenal dengan lagu Melepaskan Mu ini baru sahaja memeluk agama Islam dan berita gembira ini turut diterima baik oleh peminat – peminatnya. Mell mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah mendapat sokongan dan dorongan ibunya yang juga seorang mualaf.

Mell aktif di aplikasi video ‘live’

Selain menyanyi, Mell juga aktif berinteraksi dengan peminat – peminatnya menerusi aplikasi VOOV, sebuah aplikasi video secara ‘live’ sejak beberapa bulan yang lalu. Walaupun terdapat beberapa isu panas yang melibatkan selebriti dengan aplikasi yang hampir sama, Mellmenggunakan peluang ini untuk berkongsi aktiviti seninya selain para peminat berpeluang untuk kenal dengan lebih rapat dengan beliau.

Selamat berhijrah diucapkan buat Mell! Semoga penghijrahan ini bakal membuka ‘jalan’ yang lebih luas buat Mell.