Anda mempunyai masalah laptop/PC yang sering hang? Lambat loading? Bila anda tengok movies di laptop, video tersebut seringkali ter’stuck’? Annis ada penyelesaiannya yang amat senang! Ceyy macam iklan YUN NAM HAIR CARE pulak gayanye XD *krohkroh

Kalau korang nak tahu, sebenarnya semua masalah diatas sering dialami oleh Annis. Jadi setelah melakukan SEMUA KEMPAT-EMPAT CARA ni, barulah laptop Annis dah tak hang/lempap giler macam dulu. Lepas cuba semua step di bawah (haa SEMUA tau bukannya salah satu je), barulah movie yang Annis nak tengok tu tak stuck. Buka file pun sekejap je loading.

Tapi, kalau nak buat satu atau dua je daripada empat cara ni pun, takpe.. Ikut kerajinan korang lah nak buat yang mana. Tapi, untuk best perfomance, baik buat keempat-empat cara ni. Untuk CARA PERTAMA dan CARA KEDUA, application yang digunakan telah pun ada dalam laptop/PC korang so, korang tak perlu download apa-apa. Tapi untuk CARA KETIGA dan CARA KEEMPAT memerlukan korang untuk download dan install app CCleaner dan app Defraggler.

Jadi, korang pun mesti tak sabar-sabar nak tahu apa 4 CARA BERKESAN UNTUK LAJUKAN LAPTOP/PC korang tu kan?? Jom tengok step pertama!!

CARA PERTAMA: Menggunakan application “RUN” untuk “eventvwr”

 

Pergi dekat start menu> Search run dan tekan ENTER

Setelah keluar app “Run”> Taip eventvwr dalam kotak Open seperti dalam gambar dibawah> Tekan butang “OK”

Klik Gambar Jika Tak Jelas Ye !

Setelah korang tekan butang OK akan keluar gambar seperti di bawah

 

Di sebelah kiri korang, ada option “Windows Logs”> Tekan “Applications” (yang berada di bawah “Windows Logs”)> Tekan butang “Clear Log…” di sebelah kanan korang macam gambar di bawah

 

Setelah korang tekan butang “Clear Log…” akan keluar gambar seperti dibawah ni:

Kemudian tekan butang “Clear”.

Ulang semua langkah di atas untuk “Security” dan “System” yang berada di bawah “Windows Logs” seperti dalam gambar di bawah:

*buat benda sama pada “Security” dan “System” yang terdapat di sebelah kiri korang

Tak paham jugak?? Secara ringkasnya begini,
1. Windows Logs> Security> Clear Log…> Clear
2. Windows Logs> System> Clear Log…> Clear
((Benda sama yang korang lakukan untuk “Application” di atas tadi))

P/S : Untuk langkah pertama ni, Annis galakkan untuk buat setiap hari supaya segala activiti laptop korang pada haritu akan dapat ditutup dan di”clear”kan. Jangan risau, ianya takkan DELETE file-file penting yang korang ada dalam laptop/PC. Tugasnya hanya untuk “close”kan segala event/aktiviti laptop korang yang mungkin korang tak tutup dengan baik (laptop hang misalnya).

Dah selesai dengan cara pertama?? Jom kita proceed dengan CARA KEDUA!

Okay cara kedua juga memerlukan korang untuk menggunakan applikasi “RUN

Pergi dekat start menu> Search run dan tekan ENTER

Setelah keluar app “Run”> Taip %temp% dalam kotak Open seperti dalam gambar dibawah> Tekan butang “OK”

 

Klik Gambar Jika Tak Jelas Ye !

Setelah korang tekan butang OK, akan keluar seperti ini:

 

 

Kemudian tekan butang CTRL+A (pada keyboard serentak) untuk select all> Right-click> Tekan DELETE

Dah delete?? Pergi Recycle Bin> Tekan “Empty the Recycle Bin” seperti di bawah:

Klik Gambar Jika Tak Jelas Ye !

P/S : CARA KEDUA ni pun Annis galakkan untuk buat setiap hari. Jangan risau sebab ianya juga takkan delete file-file korang yang penting. Cuma, dengan cara ni, ianya akan menDELETE temp files ataupun temporary file yang selalunya akan ada secara automatik ketika anda install app baru di laptop/PC anda. Selalunya setelah korang siap meng-install app ni dalam laptop/PC korang, temp files tersebut tidak digunakan lagi dan tidak berguna.

SIAP!! Masa untuk proceed dengan CARA KETIGA!!

P/S : CARA KEDUA ni pun Annis galakkan untuk buat setiap hari. Jangan risau sebab ianya juga takkan delete file-file korang yang penting. Cuma, dengan cara ni, ianya akan menDELETE temp files ataupun temporary file yang selalunya akan ada secara automatik ketika anda install app baru di laptop/PC anda. Selalunya setelah korang siap meng-install app ni dalam laptop/PC korang, temp files tersebut tidak digunakan lagi dan tidak berguna.

SIAP!! Masa untuk proceed dengan CARA KETIGA!!

CARA KETIGA : Menggunakan application CCLEANER

Untuk cara ketiga, korang perlu download dan install terlebih dahulu app CCleaner ni di FILEHIPPO DOT COM… Free Je
Dah download dan install?? Jom proceed!
Buka CCleaner> Tekan butang “Analyze” seperti di bawah:

Klik Gambar Jika Tak Jelas Ye !

Klik Gambar Jika Tak Jelas Ye !

Kemudian setelah CCleaner selesai “Analyze” laptop/PC korang> Tekan buatng “Run Cleaner

P/S : CARA KETIGA juga Annis lakukan setiap hari. App CCleaner ni akan men-DELETE segala cookies, history, cache, dan temporary files yang ada dalam browser mahupun laptop anda. Jadi, takdelah laptop/PC anda berat disebabkan fail-fail yang banyak dan kecil ni.

Untuk cara keempat pula memerlukan korang untuk download dan install terlebih dahulu app Defraggler ni di SINI

Dah download dan install?? Jom proceed!

Buka Defraggler> Tekan butang “Analyze” seperti di bawah ni:

 

Setelah siap Analyze> Tekan butang “Defrag” pula macam dekat bawah:

 

P/S : Annis syorkan defrag laptop/PC anda sekali sebulan sahaja supaya disk anda tidak cepat rosak (berdasarkan pembacaan Annis la). Dan anda tak perlu risau kerana proses defrag ni memang makan masa yang lama untuk siap. Annis sendiri pun kalau defrag laptop Annis, paling CEPAT pun 2 jam baru siap. Defrag ni fungsi dia untuk mendekatkan file-file yang terpisah jauh dan berselerak pada satu tempat supaya pembukaan file akan jadi lebih cepat. Jadi, takdelah kita menunggu loading file tu lama sangat.

AND NOW YOU’RE DONE!! Rasailah kenikmatan dan keseronokan mempunyai laptop/PC yang lebih laju daripada sebelumnya! HEHEHE

Tinggalkan lah komen korang di bawah jika salah satu cara yang anda lakukan di atas tadi berkesan untuk laptop/PC korang atau pun korang ada apa-apa soalan ke. Annis nak tahu juga kalau-kalau tips yang Annis bagi ni berkesan sebagaimana ianya berkesan untuk Annis. Annis akan menjawab persoalan korang sekiranya Annis tahu, InsyaAllah. Okaylah panjang betul entri kali ni.

HAPPY BLOGGING AND GOOD LUCK!