Walaupun netizen masih lagi memperkatakan mengenai isu tarian panas Fathia Latiff yang disiarkan secara langsung di aplikasi Bigo, pelakon ini kembali mencetuskan kontroversi apabila beliuau dikatakan telah salah faham mengenai maksud sebuah berita yang diperkatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin yang menjangkakan rakyat Malaysia akan mengamalkan transaksi tanpa tunai menjelang 2050.

Fathia Teruk Dihentam Netizen

“Kite nak jadi mcm zaman batu balik ke? Buat sistem barter balik.Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takutttttttttttt”

Gara-gara tweet beliau di Twitter, ramai netizen telah menghentam Fathia kerana mendakwa pelakon itu tidak mengkaji makna sesebuah perkataan sebelum mengkritik mengenainya.

Fathia dikatakan memahami makna perkataan ‘cashless’ itu sebagai maksud bagi ‘sistem barter’. Dek kerana tindakannya itu, netizen turut ‘mengajar’ apa erti perkataan tersebut.

Redza Minhat Sindir Fathia

Tweet Fathia tersebut mendapat reaksi dari pelakon Redza Minhat apabila beliau turut menyindir Fathia untuk terus kekal berada di Bigo.

Tambah Redza, beliau turut menasihati Fathia supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh jatuhkan kredibiitinya sebagai seorang pelakon. ‘Perang Twitter’ itu juga tidak berhenti disitu sahaja apabila Fathia seperti memberi kenyataan balas di Twitter nya dengan menganggap mereka diluar sana tidak bercakap ‘kosong’

Pada kami di Hangat.com mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Redza. Sebagai seorang selebriti, mereka seharusnya peka bahawa segala perkembangan mereka diikuti para peminat. Malah lebih baik berfikir panjang mengenai sesuatu perkara sebelum membuat kenyataan mengenainya, tidak begitu?

Korang Kenal Tak Mamat Ni  ?

 

 

Redza Minhat sebagai Akil (KIL).
Kelahiran Shahredza Minhat
Ayer Tawar, Perak
Warganegara Malaysia
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan, Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
Pekerjaan Penulis skrip, pelakon, model, penganalisa pelaburan
Tahun aktif 2003 – kini
Terkenal kerana Peranan dalam filem Pisau Cukur dan KIL

 

Redza Minhat merupakan seorang penulis skrip, pelakon, model dan penganalisa pelaburan. Beliau berasal dari Ayer Tawar, Perak. Beliau pernah tercalon untuk beberapa kali dalam Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin. Kemunculan dalam filem pertamanya, Pisau Cukur telah berjaya menyebabkan beliau dikenali ramai.[1]

Walaupun bekerja sebagai seorang penganalisa pelaburan di sebuah institusi kewangan tempatan, namun beliau tetap berlakon apabila mempunyai waktu terluang.[1] Selain itu, beliau juga bekerja sebagai penulis tetap dan pengarah kewangan di Playground Productions.[2]

Permulaan karier

Penglibatan dalam penulisan skrip dan teater

Beliau mula menceburi bidang penulisan skrip sejak menuntut di sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan pernah memenangi anugerah di Festival Teater Malaysia menerusi naskhah pertamanya, Tat Nenas. Selepas itu, beliau menubuhkan syarikat Aroma Teater Works bersama rakan-rakannya dengan menggunakan hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 yang diterimanya di Festival Teater Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah membuat teater tanpa bayaran sekitar tahun 2003/2004. Teater itu hanya dihadiri oleh enam orang penonton.

Beliau telah berjaya menjadi graduan dalam pengajian perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia dan menghasilkan naskhah termasuklah Gadis Jalan BurmahToast dan I Lost The Plot. Beliau juga menceburi dunia lakonan menerusi teater pertamanya, Otak Tak Center. Melalui teater itu, beliau mengenali Bernard Chauly yang merupakan seorang pengarah filem dan drama. Selepas itu, Bernard mempelawanya untuk berlakon sebagai watak sampingan dalam drama Gol & Gincu The Series dan Goda.

Pendidikan dalam lakonan

Beliau pernah mengikuti bengkel teater Shakespeare yang diadakan secara percuma di Menara Duta, Sri Hartamas pada setiap Rabu dan Sabtu. Bengkel itu dikendalikan oleh guru teater yang bernama Chris Jacob.

Perkahwinan

Redza Minhat merupakan seorang anak yatim seawal umur tiga tahun apabila bapanya meninggal dunia. Sejak daripada itu, dia telah dibesarkan oleh ibunya.

Beliau telah merancang majlis perkahwinannya sejak 2010 tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor-faktor tertentu. Pada 17 Jun 2011, akhirnya, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Aidira Khaidir, iaitu “junior”nya ketika menuntut di Universiti Multimedia Malaysia. Beliau telah mengenali isterinya sejak 10 tahun yang lepas ketika mereka bersama-sama menyertai pementasan teater. Majlis resepsi diadakan sehari selepas majlis akad nikah.

Pada 7 Mac 2012, isteri beliau telah melahirkan anak pertama mereka di Hospital Pantai Kuala Lumpur dan bayi tersebut diberi nama sebagai Ali. Ali dilahirkan pada pukul 2.13 petang dengan berat sebanyak 3.36 kilogram.

Pada 19 Mac 2017, isteri beliau telah melahirkan anak kedua mereka dan diberi nama Kurnia Amelie.

Pencapaian

Tahun Anugerah Nota Hasil
2004 Persembahan Terbaik Beliau telah memenangi kategori ini bersama Megat Sharizal melalui karya Tat Nenas. Kategori ini dicalonkan melalui Festival Teater Malaysia 2004. Menang
2010 Pelakon Harapan Lelaki Kategori ini dicalonkan melalui Festival Filem Malaysia 2010. Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Kategori ini dicalonkan melalui Anugerah Skrin 2010. Dicalonkan
2013 Best On-Screen Chemistry Award Beliau telah menerima pencalonan ini bersama Cristina Suzanne hasil daripada peranan mereka berdua sebagai pelakon utama dalam filem KIL. Anugerah ini dicalonkan oleh Shout! Awards 2013. Dicalonkan
Hot Guy Award Anugerah ini diterimanya buat pertama kali oleh Shout! Awards 2013 tetapi tewas kepada lima pesaing yang lain. Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Kategori ini dicalonkan melalui Anugerah Skrin 2013. Dicalonkan

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2010 Pisau Cukur Faqir Grand Brilliance Sdn. Bhd.
2013 KIL Akil / Kil Grand Brilliance Sdn. Bhd. / Flux Visual Lab
2014 Terbaik Dari Langit Lakon Layar Astro Shaw & Playground Film

Filem pendek

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2011 Lightbulb[9] Penyiasat Flux Visual Lab
2012 Pasport Ekspres[10] Narrator Red Films
Lupa ![11] Playground Productions

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Terbitan
2013 Aku, Dia & Tong Sampah Pengacara majlis TV9 Playground Productions
90 Hari Bani
2017 Kekasih Elektrik Amri Astro Citra/Mustika HD Playground Productions

Drama

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2005 Gol & Gincu The Series Red Communications
2008 Goda Red Communications

Program realiti televisyen bersiri

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Nota Terbitan
2012 Hot Guys Who Cook (Musim 1 ; Episod 6) Redza Minhat Diva Universal Dalam rancangan ini, beliau telah menyediakan masakan yang ringkas iaitu mi segera. Antara bahan yang beliau gunakan termasuklah telur, bawang, bawang putih, cili, lobak merah dan sayur-sayuran berdaun dan satu lagi bahan yang dirahsiakan olehnya. Hidangan ini dianggap sebagai cara paling mudah untuk menikmati satu hidangan lengkap dengan adanya daging dan sayur-sayuran. Diva Universal
2013 The Disko Baldi Show Pelbagai 8TV Rancangan ini memaparkan pelbagai isu sosial yang diselitkan dengan jenaka di atas pentas. PhuturePhlow Films

Iklan komersial

Tahun Tajuk Watak Nota Terbitan
2011 Diva Universal Raya Promo Akil Beliau telah berlakon bersama Cristina Suzanne untuk iklan yang bertemakan hari raya oleh Diva Universal. Diva Universal
2012 PETRONAS 2012 Deepavali Erman Beliau membuat ucapan khas sempena perayaan Deepavali. Petronas
Strangers Beliau menjalankan proses penggambaran di Uzbekistan yang bertemakan hari raya serta ditaja oleh Petronas.

Teater

Terdapat sesetengah persembahan yang beliau tidak berlakon dan hanya menjadi penulis skrip.
Tajuk Anjuran
Tat Nenas AROMA Theatre Works
Kelab Malam AROMA Theatre Works
Romeo & Juliet UM
Tunku Kudin UM
Bercakap Dengan Pria AROMA Theatre Works
Otak Tak Center Dramalab
Coffee & Toast! Dramalab
Gadis Jalan Burmah Dramalab / The Actor’s Studio
I Lost The Plot Dramalab
ALLAH! The Actor’s Studio
Wacky Bar PJ Live Arts
Rancangan Harijadi Terhebat Adli The Actor’s Studio
RPT: Scandalicious Issue PJ Live Arts
Medea The Actor’s Studio
Money Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka
Energia Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka
Serangan Zombi Pertama di Kuala Lumpur The Actor’s Studio
KLUE, DOH! PJ Live Arts
Projek Disko Baldi Dreams PJ Live Arts
Projek Disko Baldi in Love PJ Live Arts