Rasanya ramai sudah mengetahui pelakon Norish Karman kini bergelar pembaca berita di sebuah syarikat televisyen awam. Walaupun netizen sering kali mempersoalkan kerjayanya beliau selesa dan gembira dengan kerjaya terbarunya itu.

Netizen Tuduh Norish Curang

Semalam, melalui Instagram milik Norish, beliau dikatakan naik angin apabila seorang netizen yang dikenali sebagai @alaanis34 telah menuduh beliau curang ketika masih lagi berstatus isteri kepada Datuk Hashimuddin Abdul Kadir sebelum ini.

“Haiwan jenis ape ni pun aku tak faham lah….Tak tahu apa tiba- tiba berlagak mulia pula…. My ex- husband tu BUKAN Dato when i married he was orang biase je….Bisnes punn tak kembang hanya business biasa….”

Dakwaan tersebut muncul setelah Norish mengaku beliau kini sedang bekerja keras untuk membesarkan anak-anaknya. Tambah Norish, beliau terlalu marah dengan tuduhan yang dilemparkan kerana membuatkan anak-anaknya berang dengan apa yang dikatakan kepada ibu mereka.

Anak-Anak Boleh Jadi Seperti Remaja Yang Bakar Tahfiz, Tidak Diberi Perhatian

Sejak kebelakangan ini juga, Norish seperti ‘diburu’ netizen apabila sering kali bertanyakan soalan-soalan peribadi kepada beliau. Kami di Hangat.com tidak menolak, punca Norishmengamuk adalah kerana beliau sudah lama ‘simpan’ perasaan sabar.

Dek kerana komen tersebut juga, Norish turut meluahkan perasaannya dan perjuangannnya dalam membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.Mengambil iktibar peristiwa hitam yang terjadi pada Pusat Tahfiz yang lalu, Norish sangat menjaga dan memberi keutamaan kebajikan anak-anak. Dan kerana itulah beliau sanggup berkorban dan membuat pelbagai pekerjaan demi anak-anaknya.

Be Strong Kak, Allah knows!

Pelbagai komen turut diterima Norish di laman Instagram nya. Rata – rata netizen memuji ketabahan beliau dalam membesarkan anak – anak sebagai ibu tunggal malah turut meminta Norish untuk tidak mempedulikan komen dan kata – kata negatif dari mereka yang cuba menjatuhkannya.

Kami di Hangat.com turut berharap agar Norish kekal tabah dalam mengharungi pelbagai ujian dan segala rintangan.

Sumber Instagram Norish Karman