Jika kita lihat dari senarai artis yang diumumkan dalam Gegar Vaganza musim keempat (GV4), kelibat penyanyi Indonesia, Firman Siagian, 39, disifatkan telah menggugat peluang artis tempatan. Malah ada dakwaan dia seperti mengganggu periuk nasi artis Malaysia.

Malah ada dalam kalangan netizen beranggapan, tindakan Astro membuka penyertaan kepada artis negara jiran seolah-olah menidakkan kewujudan penyanyi 90-an tempatan.

Menurut laporan dari laopran dari Utusan, Firman yang popular menerusi lagu Kehilangan itu berkongsi pandangan, tujuannya sekadar mahu mendekati peminat di negara ini.

“Sejak dulu lagi saya mencari peluang seperti ini dan akhirnya tercapai apabila menyertai pertandingan ini.

“Selain di Indonesia, peminat di sini juga ramai yang menyokong karier seni saya dan inilah masa untuk membalas budi mereka,”