Jika ditanya mengenai siapakah anak – anak selebriti yang popular pasti nama – nama seperti Yusuf Iskandar,Aaishah Dhia Rana, Lara Alana, Arrian dan ramai lagi

Arrian Dan Andra Ikut Jejak Langkah Selebriti Cilik

Sebelum ini, Yusuf, Aaishah dan Lara sudah mempunyai rancangan mereka sendiri di televisyen. Malah kesemua mereka turut mempunyai akaun Instagram sendiri sehingga mencecah 1 juta pengikut. Kini giliran anak kepada penyanyi terkenal Tomok, Arrian dan Andramengikut jejak langkah selebriti cilik yang lain apabila tampil dalam rancangan mereka sendiri,Rockstar Junior : Arrian & Andra

Arrian Popular Sejak Kecil

Buat anda yang mengikuti perkembangan Tomok, pasti anda mengenali anak sulung mereka, Arrian atau nama sebenarnya Arrianshah Akid. Berbanding adiknya Andra yang lebih pemalu, Arrian lebih mesra dan popular sejak kecil lagi.

Jika dahulu, rakan – rakan artis sering kali mengajuk cara Arrian menangis tatkala dimarahi Tomok. Kini Arrian sudah berumur 6 tahun dan kepintaran serta kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Inggeris menjadikannya lebih popular.

Tak Bermakna Dibu Bagi Arrian Jadi Penyanyi..

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itulah peribahasa yang sesuai untuk lambangkan dua beranak ini apabila darah seni yang ada pada keluarga Tomok kini turut mengalir pada anaknya.

“Amboiii …Arrian pandai nyanyi nak lawan ayah ek …TAPI tak bermakna dibu bagi arrian jadi penyanyi tau…as a hobby ok…tapi arrian kene belajar rajin-rajin and ada professional karier dulu tau….jangan main2 dgn dibu, dibu garang tau..”

Menurut isteri Tomok, Ayu Abas atau lebih mesra disapa sebagai Dibu di Instagram nya,beliau akui anaknya itu berbakat besar namun untuk membenarkannya menjadi seorang penyanyi sepenuh masa bukanlah masanya kerana beliau mahu anak – anaknya mempunyai pekerjaan terlebih dahulu dan mahu mereka jadikan nyanyian sebagai hobi sahaja.

Dibu yang juga bekas pramugari telah nekad berhenti kerja demi membesar dan mendidik anak – anaknya sendirl. Lihat sahaja Arrian dan Andra yang begitu bijak. Sikap bertanggungjawab serta didikan yang diberikan oleh Tomok dan isterinya itu sentiasa menerima pujian daripada netizen.