Misteri kehilangan penyanyi lincah di pentas, Anita Sarawak mungkin sedikit terungkai apabila tersebar dokumen jual beli rumah di internet didakwa miliknya sebelum ini. Berita itu seolah memberi sedikit bayangan kepada peminat yang merindui penyanyi Seksis itu setelah sekian lama hilang dari radar.

Anita atau nama sebenarnya Ithnaini M Taib dikatakan menjual rumahnya di Las Vegas bersama suami, Mohamad Mahathir Abdullah (Martin E Cox) pada harga USD350 000, 31 Julai lalu.

Tak pasti beli rumah lain atau pindah dari Vegas

Menurut ahli forum Lelaki Teragung , dia tidak dapat memastikan sama ada penyanyi bertaraf diva itu menjual rumah berkenaan dan membeli rumah lain atau berpindah terus dari Vegas. Hasil penelitian dilaman Linkedin Mahathir pula menunjukkan dia masih di Vegas, namun tidak menolak kemungkinan profil itu tidak dikemaskini.

Dokumen jual beli rumah di Las Vegas

Menurut laporan Harian Metro sebelum ini, Anita sudah lama mendiamkan diri dan memutuskan hubungan dengan keluarganya. Malahan mesej ucapan hari lahir Whatsapp dihantar adiknya, Noorkumalasari tidak dibalas Anita pada Mac lalu.

Mungkin tukar nombor telefon, pernah hubungi kakak yang lain

Saya tak pasti sama ada dia sudah bertukar nombor telefon kerana panggilan daripada adik-beradik lain juga tidak dijawab. Sebelum ini sesekali dia ada menghubungi kakak saya yang lain memaklumkan perkembangan terbarunya. Sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada saya.

Anita meninggalkan dunia glamor pada 2013 dan kembali ke Las Vegas bersama suaminya Mahathir yang merupakan warga Amerika Syarikat untuk menjalani hidup lebih privasi. Pada Mei 2015, akhbar sama melaporkan Anita sudah bersara dari dunia nyanyian dan mahu fokus kepada bidang hartanah.

Sebelum ini banyak khabar angin tentang Anita seperti kematiannya, perceraian dengan Mahathir dan kepulangannya ke Singapura, namun semuanya nyata tidak berasas dan tiada bukti kukuh kesahihannya.

Sumber: Forum Cari , Harian Metro