Satu lagi kejayaan industri perfileman negara, apabila filem aksi Tombiruo kini mencatatkan 14 juta kutipan walaupun baru sahaja ditayangkan. Filem yang diangkat dari novel terkenal Tombiruo, hasil penulisan novelis terkenal Ramlee Awang Murshid turut mengalahkan kutipan filem antarabangsa seperti Kingsman.

Zul Ariffin Gagal Kawal Perasaan

Bagi mempromosikan filem ini, pelakon utama Tombiruo, Zul Ariffin, Farid Kamil danNabila Huda telah dijemput ke rancangan MeleTOP yang bersiaran di Astro Ria. Ketika pelakon – pelakon ini ditunjukkan video klip pendek ‘parody’ Tombiruo yang dilakonkan oleh Bell Ngasri dan Atu Zero ternyata membuatkan mereka yang terhibur.

Malah Zul Ariffin kelihatan begitu terhibur sehingga tidak mampu bercakap dan mengalirkan air mata kerana video tersebut. Nabila Huda juga sempat berseloroh dengan mengatakan bukan senang untuk melihat pelakon berkenaan menangis secara langsung.

Sinopsis Tombiruo

Filem Tombiruo yang mengisahkan seorang lelaki gagah yang tidak mempunyai wajah manusia ingin membalas dendam di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.

Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.

Sumber Youtube Meletop