Hampir setiap bulan ada sahaja khabar gembira mengenai selebriti yang menimang cahaya mata telah kami kongsikan. Ada yang pertama kali dan tidak kurang juga yang menambah ahli keluarga mereka. Berikut kami bawakan senarai 5 selebriti tanah air yang bakal menjadi ibu dan bapa pada tahun 2018

1. Datin Zizie Ezzette dan Datuk Bung Mokhtar

Setelah 8 tahun berkahwin, akhirnya pasangan ini beroleh kegembiraan berganda apabila Datin Zizie Ezzette bukan sahaja disahkan hamil malah bayi yang dikandungnya juga adalah kembar. Pasangan ini dijangka bakal menimang anak pada Januari 2018.

2. Jihan Muse Dan Ungku Hariz

“Made in France” ujar Jihan tatkala mengumumkan kehamilan beliau pada rakan media. Jihanyang berkahwin dengan pelakon Ungku Hariz pada 2016 menjangkakan kehadiran orang baru, juga pada Januari 2018

3. Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid

Walaupun 11 tahun bersulam kasih tanpa cahaya mata, pasangan yang berkahwin dan mendapat jolokan ‘Wedding of the year’ ini bakal bertambah seri apabila Datuk Siti Nurhaliza disahkan hamil. Berita kehamilan ini mendapat liputas luas media dan Datuk Siti dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan.

4. Nora Danish dan Nedim Nazri

Pasangan ini masing – masing mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Kini mereka bakal menerima ahli keluarga baru apabila Nora dan Nedim telah berkongsi berita gembira mengenai kehamilan Nora. Nampaknya Nora dan Datuk Siti bakal sibuk pada Mac 2018.

5. Mawar Karim dan Fizo Omar

Rezeki juga berpihak kepada pasangan Fizomawar apabila isteri Fizo, Mawar disahkan hamil setelah menjalani rawatan kesuburan. Ternyata berita kehamilan Mawar membuatkan Fizobegitu gembira untuk bergelar bapa pada Januari tahun hadapan.