Kerajaan Amerika Syarikat (USA) telah lama mengintip semua manusia di seluruh bumi ini. Pada tahun 2013, lelaki ini dikenali sebagai Edward Snowden telah mendedahkan rahsia USA selama ini.

Beliau merupakan seorang yang professional dalam bidang komputer dan pernah bekerja Central Intelligence Agency (CIA) dan National Security Agency (NSA) di mana kedua-dua agensi ini merupakan agensi perisikan dan sekuriti bagi kerajaan USA.

CIA dan NSA merupakan agensi yang sama seperti Federal Bureuau of Investigation (FBI) berlindung di sebalik kerajaan USA. Beliau rasa bersalah setelah bekerja dengan agensi NSA setelah mengetahui apa yang dilakukan selama ini oleh NSA.

Penulis ingin berkongsi perjalanan hidup Snowden sehingga beliau mendapat maklumat tentang rahsia Amerika Syarikat dan apa isi maklumat tersebut

Kerjaya Awal – Tentera Simpanan USA

intipan usa

Beliau ingin untuk menjadi tentera dan berhasrat untuk berperang dalam perang Iraq kerana merasakan manusia perlu bebas dari penjajah. Beliau dinamakan dalam Pasukan Khas untuk Tentera Simpanan USA setelah menjalani latihan.

Snowden terpaksa melupakan hasratnya setelah kedua-dua kakinya patah pada tahun 2004 ketika menjalani latihan. Beliau terpaksa menukar haluan dan setahun kemudian bekerja sebagai pakar sekuriti di Universiti Maryland iaitu pusat penyelidikan yang ditaja NSA.

Bekerja di bawah CIA

intipan cia dedah rahsia usa

Kerana rasa cinta terhadap negaranya, beliau memilih untuk bekerja dengan CIA supaya dapat menabur jasa semula kepada USA. Pada tahun 2007, beliau dihantar ke Geneva, Switzerland sebagai diplomat secara sembunyi untuk memastikan sekuriti rangkaian komputer berada di tahap yang tinggi.

Snowden mendapat passport diplomatik yang memastikan beliau mendapat imuniti semasa berada di negara lain. Selain itu, semasa di Geneva, beliau juga dianggap pakar dalam bahagian sekuriti siber dan teknikal. Beliau terus bekerja di bawah CIA sebelum berhenti pada tahun 2009

Subkontrak bersama Dell di bawah NSA

dell nsa intip

Pada tahun 2009, beliau bekerja di bawah NSA khususnya bersama Dell kerana mendapat subkontrak bersama syarikat komputer tersebut. Beliau ditugaskan untuk menguruskan sistem komputer untuk pelbagai agensi kerajaan ditempatkan di fasiliti NSA di Pangkalan Tentera Yokota berdekatan Tokyo.

nsa mengintip manusia

2 tahun kemudian, beliau pulang ke Maryland dan ditugaskan sebagai ahli teknologi utama untuk akaun CIA bagi Dell. Pada tahun 2012 beliau ditukarkan ke Hawaii mendapat tugas sebagai ahli teknologi dalam menguruskan perkongsian maklumat NSA.

Mendapat Maklumat Rahsia

prism hack dedah usa

Setelah setahun bekerja di Pusat Operasi Serantau NSA, beliau mendapat maklumat yang tidak pernah disangkakan dimiliki oleh kerajaan USA.

Semasa bekerja, beliau didedahkan dengan informasi bahawa kerajaan USA dapat mengakses kesemua maklumat melalui pangkalan data “PRISM” termasuk akaun e-mel, Facebook, Twitter dan bermacam-macam lagi.

hack fon dan laptop

Mesej anda bersama rakan di Facebook atau e-mel yang anda hantar kepada bos boleh diakses oleh NSA. NSA dapat mengakses kerana mereka boleh menggodam komputer dan telefon anda tanpa anda sedari.

Dalam filem “Snowden“, ditunjukkan bagaimana kamera laptop anda dapat menunjukkan video secara langsung tentang apa anda tengah lakukan sekarang ini. Kamera laptop milik Snowden ditutupnya menggunakan pita pelekat supaya NSA tidak dapat mengintip.

film snowden dedah usa

Filem Snowden yang dilakonkan oleh Joseph Gordon Levitt pada tahun 2016

link ke trailer: Snowden

Pendedahan Maklumat

snowden interview pendedahan

Snowden semasa ditemu ramah NBC

Snowden memasukkan dokumen-dokumen NSA ini ke dalam pendrive sebelum menyeludup maklumat ini ke luar dari pangkalan operasi mereka.

Sesudah selesai, beliau menghubungi wartawan New York Times  untuk melaporkan maklumat ini ke seluruh dunia. Beliau berjumpa dengan 3 wartawan New York Times di Hong Kong

pendedahan intipan interview

Wartawan bernama James Risen melaporkan bahawa keputusan Snowden untuk mendedahkan maklumat ini dibuat sejak beliau berada di Geneva lagi. Pada tahun 2012, beliau pernah menghubungi wartawan The Guardian untuk mendedahkan rahsia tetapi kerana banyak masalah yang dihadapi, ia tidak berjaya.

Lari ke Rusia

snowden russia dedah usa

Sejurus beliau mendedahkan maklumat itu, beliau lari ke Rusia untuk mendapat perlindungan. Beliau tidak dapat masuk ke Rusia hampir sebulan tersekat di lapangan terbang Rusia setelah menaiki kapal terbang dari Hong Kong

Setelah hampir sebulan tersekat, beliau akhirnya dapat masuk ke Rusia. Beliau mendapat perlindungan di Rusia dan boleh tinggal di Rusia sehingga tahun 2020.

Sumber : Iluminasi