SEJAK beberapa hari kecoh tentang cybertrrooper Umno dikatakan menerima powerbank “Cap Ayam” ketika menghadiri Konvensyen Media Sosial Umno, anjuran Ahmad Maslan.

Powerbank yang mereka terima, hanya boleh cas telefon dalam masa 5 hingga 10 minit sebelum “kong”.

Beberapa orang cybertrooper Umno telah melakukan bedah siasat ke atas powerbank yang diterima oleh mereka bagi mengetahui punca mengapa peranti itu hanya bertahan begitu singkat untuk mengecas telefon.

Hasil bedah siasat ke atas powerbank itu — rupa-rupanya, dalam 5 bateri-bateri di dalam powerbank itu, cuma satu adalah bateri tulen dan bersambung, manakala yang lain nampak sahaja macam bateri, sebenarnya tidak bersambung antara satu sama lain (jadi perhiasan sahaja).

Rujuk video di bawah ini.

Di bawah ini pula rakaman menunjukkan bahawa, bateri-bateri yang tidak bersambung itu sebenarnya hanyalah dipenuhi dengan pasir.