Lebih kurang 30,000 lebih kematian setiap tahun akibat daripada masalah berat badan. Pakar kesihatan menasihati orang ramai supaya amalkan gaya hidup sihat untuk mengelakkan dari mengalami obesiti.

Bagi wanita yang bernama Amber Rachdi dari Oregon, Amerika Syarikat, dia sudah lama mempunyai badan yang gemuk dan tidak dapat dikawal semasa berusia 24 tahun. Pada usia itu, berat badannya telah mencapai 116kg dan terus meningkat sehingga 299kg.

Oleh sebab itu dia tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan dan terpaksa berpindah ke rumah orang tuanya yang membantunya untuk bergerak.

Dia hanya bergantung pada kerusi roda elektriknya untuk keluar membeli makanan. Amber sedar dia perlu melakukan sesuatu terhadap masalah berat badannya untuk mengelakkan daripada kematian.

Teman lelakinya, Rowdy, juga turut mendorongnya untuk menurunkan berat badan walaupun tahu ianya tidak mudah. Amber sudah biasa untuk makan sehingga 4 hidangan yang besar setiap hari dan berat badannya makin menjadi-jadi.

Amber pernah bercadang untuk masuk ke rancangan “My 600lb Life” sebagai langkah yang terakhir.
Dia juga turut memutuskan untuk menjalani pembedahan tetapi dia bimbang akan risiko utama yang berkaitan dengan berat badannya.

Rowdy turut bimbang kerana jika dia ingin melakukan pembedahan dia perlu menurunkan berat badan sebanyak 10 kg.

Kemudian Amber berpindah ke Texas untuk berada lebih dekat dengan doktor yang akan melakukan pembedahannya iaitu Dr. Nowzaradan. Dia juga turut melakukan rutin makan yang baru.

Setahun selepas pembedahan, Amber kerap melakukan rawatan susulan dengan doktornya itu sehingga dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 65 kg.

Perkembangan Amber sangat bermakna kerana dia telah berjaya mengurangkan berat badannya sehingga 123 kg. Doktor sangat berbangga dengan kemajuan yang dia kecapi.

Pada masa ini, berat badan Amber telah mencapai sebanyak 176 kg sehingga dia hampir tidak dikenali.

 

Jom Tengok Video Amber Rachdi