Esok, 17 November bakal menjadi sejarah buat pelakon Izara Aishah apabila beliau bakal mengakhiri zaman bujangnya, bernikah dengan anak kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa, Adib Khalid.Esok, 17 November bakal menjadi sejarah buat pelakon Izara Aishah apabila beliau bakal mengakhiri zaman bujangnya, bernikah dengan anak kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa, Adib Khalid.

Abang Ipar Hadiahkan Rolls Royce

 

Adib Izara Bakal Bernikah Esok

 

Belum pun bernikah, Izara dan Adib terlebih dahulu menerima kejutan apabila Asyraf, abang kepada Adib telah menghadiahkan mereka sebuah kereta mewah berjenama Rolls Royce. Wah! Untung Adib dan Izara mempunyai keluarga yang penyayang. Hasil pencarian Hangat.com ke atas harga kereta tersebut dipercayai lebih dari RM 1 Juta.

 

 

 

 

Majlis Tertutup

 

Dalam perkembangan lain, majlis pernikahan merekaakan dilangsungkan dalam satu majlis tertutup khusus untuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Dan majlis persandingan di sebelah lelaki akan dilangsungkan pada Ahad ini. Tahniah diucapkan kepada Adib dan Izara semoga majlis kalian bakal dipermudahkan hendaknya.