Sebelum ini, dua video dan satu IG Story yang dimuatnaik oleh Fara ke Instagram pada malam sambutan tahun baru telah mengejutkan banyak pihak kerana ia menampilkan dirinya hanya memakai bikini top dan seluar pendek.

Gara-gara itu, Fara telah menerima kritikan dan cemuhan daripada netizen yang kurang senang dengan cara permakaian dan aksi beliau itu.

“Saya terima mereka yang cuba memberi nasihat dengan cara yang betul tetapi yang hanya meninggalkan kata-kata kecaman saya harap mereka berhenti sahaja.

 

“Soal pakaian ini antara saya dengan tuhan, tidak perlu mereka menghakimi saya,” ujar pemilik nama sebenarnya Norfaralinah Md Yunus.

Kata Fara lagi, dia tidak akan memadam komen berunsur kecaman yang diterima disebabkan video yang jadi kontroversi tersebut.

“Saya tidak akan memadamkan kata-kata kecaman mereka atau block. Saya biarkan sahaja, jika mereka tidak suka, pilihan di tangan sendiri untuk tidak mengikuti saya. Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak akan berubah kerana mereka,” jelasnya

Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat kelmarin itu tidak benar kerana ramai pengguna Instagram mendakwa Fara telah memadam komen mereka yang mengkritik perbuatannya memakai pakaian menjolok mata tersebut dan memuatnaiknya di Instagram.